Archive for Kerjaya

Sudah 10 Tahun

Diam tak diam sudah sepuluh tahun.. Apa yang sepuluh tahun..ehm.. 10 Julai 2000 merupakan tarikh bersejarah bagi aku kerana hari pertama melangkahkan kaki ke sekolah sebagai cikgu.
Waktu aku mendapat nama sekolah dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dulu aku rasa nak menangis.. ya.. keluar saja pejabat tu dulu memang aku menangis… menangis sebab aku ditugaskan ke SJK(T) Jalan Meru, Klang.

Sukar nak kugambarkan perasaan di waktu itu.. Aku tinggal dan membesar dilingkungan masyarakat yang 100% melayu. belajar di sekolah rendah dan menengah yang  juga 100% muridnya berbangsa melayu. Sesudah tamat bersekolah.. aku melanjutkan pengajian juga di Maktab Perguruan Perempuan Melayu.. Memang aku tidak pernah bergaul secara langsung dengan bangsa lain..Kesian aku.. tiba-tiba sahaja dipostingkan ke sekolah Tamil..Bimbang di hati semakin menjadi-jadi apabila memikirkan bolehkah aku menyesuaikan diri.. tidakkah aku menjadi seperti kera sumbang nanti…

Atas nasihat sepupuku Kak Lin.. aku perlu tabahkan hati.. aku melangkah juga ke sekolah itu…Pandangan pertamaku terhadap sekolah tersebut…”ok juga” Tapi balik ke rumah aku termuntah-muntah.. pening kepala dengan bau yang ‘tersangat wangi’ sepanjang beberapa jam di sekolah  tersebut…hahaha…

img088

Ni gambar masa di maktab.. apa relevannya gambar ni? Entah sajer.. di sini bermula segalanya.. kalau tak aku tak jadi cikgu..

img089

Yang ini pulak gambar bersama bestfriend..

Leave a comment »

Majlis Khatam di Sekolah

Majlis yang serba sederhana ni meriah juga. Semua yang terlibat memberikan kerjasama. Sambil-sambil tu berposing sakan dengan member-member.

 

 

 

Leave a comment »