Belajar Menjahit

Dah lama tak menjengah blog.. Sibuk dengan bermacam-macam hal. Sejak dari semalam melayan internet. Mencari-cari tempat yang sesuai untuk aku belajar menjahit. Hari ini aku berazam untuk pergi ke sendiri mana-mana kedai jahit.. Harap-harap ada yang terima aku..

Kesedaran ni sudah lama. tapi sejak akhir-akhir ni sahaja hati meronta-ronta. Apa tidaknya, raya yang lepas aku menghabiskan sebahagian besar duit gaji untuk pakaian anak-anak dan upah jahit. kalaulah aku boleh menjahit sendiri..mesti jimat, disamping boleh menambah pendapatan. cewaah.. berangan.
Tak payah la aim tinggi sangat. Lepas buat baju anak-anak ngan diri sendiri pun dah bersyukur.
Ada satu weblog yg menarik minat aku…cantik-cantik gown kat situ..anak pompuan aku pun dah bertambah sorang lagi.. Memang sesuai la masanya.http://girl-charms.blogspot.com/
200820091278[1]

1 Response so far »

  1. 1

    naza said,

    share lah add blog tu… boleh tengok2.


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a comment