Esok Akmal Ada Ujian…

“Ibu, esok Akmal ada ujian” kata-kata  pertama anakku selepas balik sekolah tadi. Bukan peperiksaan besar pun. Cuma ujian bulanan tapi dia kata dia takut. Takut tak dapat markah yang bagus. Lebih takut lagi mengecewakan aku dan ayahnya. Tiba-tiba terfikir sesuatu. Betul ke selama ni dia hanya cuba nak memuaskan hati aku dan ayahnya? Kesian anak aku. Aku dulu tak pernah rasa tekanan macam tu. Dia baru darjah 1. Bukannya nak ambik UPSR, PMR atau SPM.

Suami pun dah perasan yang kami mungkin dah beri dia tekanan. So selepas ni kitorang akan cuba tak terlalu mengharap markah yang bagus tu walaupun di dalam hati memang itulah harapan kami. Biarlah dia dapatkan markah tu sebab dia sendiri yang mahukannya bukan sebab kami.

Takut-takut nanti dia hilang minat belajar. Dari pengalaman aku ramai murid yang bagus pencapaiannya semasa awal-awal persekolahan. Menjelang akhir tahun dah mula merosot. Pertamanya mungkin sebab sukatan yang makin sukar. Tapi kebanyakannya sebab hilang motivasi belajar. Sebagai ibu bapa, kita patut sentiasa menggalakkan mereka. Terangkan apa kelebihannya kalau mereka dapat menguasai pelajaran.

Aku akan sentiasa ingat petikan kata-kata Dr. Shukri Abdullah dalam sebuah bukunya. ‘ Kita hanya berpeluang mendidik anak sekali sahaja dan masa itu terlalu singkat. Bentukkanlah wawasan dan motivasikan mereka. Terpenting sekali carikan masa untuk bersama dengan anak sebanyak mungkin’.

Advertisements

1 Response so far »

  1. 1

    aida said,

    setuju sgt..sbb tu skrg msh berusaha cr keje yg boleh bg byk mase pd family…keje skrg…tgk muke laki pn kejap2 jek..huhuhuhu…kalu ade anak nnt..mesti sedih gitu


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: