Archive for August, 2009

Esok Akmal Ada Ujian…

“Ibu, esok Akmal ada ujian” kata-kata  pertama anakku selepas balik sekolah tadi. Bukan peperiksaan besar pun. Cuma ujian bulanan tapi dia kata dia takut. Takut tak dapat markah yang bagus. Lebih takut lagi mengecewakan aku dan ayahnya. Tiba-tiba terfikir sesuatu. Betul ke selama ni dia hanya cuba nak memuaskan hati aku dan ayahnya? Kesian anak aku. Aku dulu tak pernah rasa tekanan macam tu. Dia baru darjah 1. Bukannya nak ambik UPSR, PMR atau SPM.

Suami pun dah perasan yang kami mungkin dah beri dia tekanan. So selepas ni kitorang akan cuba tak terlalu mengharap markah yang bagus tu walaupun di dalam hati memang itulah harapan kami. Biarlah dia dapatkan markah tu sebab dia sendiri yang mahukannya bukan sebab kami.

Takut-takut nanti dia hilang minat belajar. Dari pengalaman aku ramai murid yang bagus pencapaiannya semasa awal-awal persekolahan. Menjelang akhir tahun dah mula merosot. Pertamanya mungkin sebab sukatan yang makin sukar. Tapi kebanyakannya sebab hilang motivasi belajar. Sebagai ibu bapa, kita patut sentiasa menggalakkan mereka. Terangkan apa kelebihannya kalau mereka dapat menguasai pelajaran.

Aku akan sentiasa ingat petikan kata-kata Dr. Shukri Abdullah dalam sebuah bukunya. ‘ Kita hanya berpeluang mendidik anak sekali sahaja dan masa itu terlalu singkat. Bentukkanlah wawasan dan motivasikan mereka. Terpenting sekali carikan masa untuk bersama dengan anak sebanyak mungkin’.

Advertisements

Comments (1) »

Hari Minggu, Hari Mengemas dan Bertaman

Walaupun aku cuti lagi sekarang ni tapi hari minggu baru ada mood nak mengemas. Suami pasang blind kat gezebo kami..buat berteduh anak-anak main pondok-pondok.. kesian diorang. takde kawan-kawan yang boleh diajak bermain. Aku pun tak berapa yakin kalau diorang dibiarkan lepas ke luar pagar… pertamanya sebab sekarang ni banyak kes anak hilang.. Oh tidak.. Aku sayang anak-anak aku. Keduanya.. depan rumah aku ni jalannya agak sibuk… banyak kereta keluar masuk…

Gazebo ni memang antara tempat kegemaran kami sekeluarga.. duduk petang-petang sambil minum teh.

IMG_4728 IMG_4733  IMG_4742

Bunga-bunga orkid pun dah mula berkembang.. tenangnya jiwa memandang orkid..

IMG_4723 IMG_4722 IMG_3292 IMG_3934 IMG_0283

Leave a comment »

My New Baby.. Sarah Khadeeja

Sebenarnya dah sebulan pun usianya. Baru sempat aku nak meng’upload’ gambar2..
Lahir pada 12 Julai (Ahad)lalu…jam 9.05 pagi. Alhamdulillah kali ini sekali lagi Allah memudahkan proses kelahirannya walaupun sehari suntuk aku menahan sakit sikit-sikit. Ya lah sakit sikit-sikit pun sakit jugak namanya.IMAGE_088Sarah Khadeeja… kuambil sempena nama isteri Nabi Ibrahim dan Khadeeja pula isteri nabi Muhammad. jugak untuk kesinambungan nama kakaknya.. Aisyah Khaleeda… juga nama isteri nabi…insyaallah semoga anak-anakku ini berpekerti terpuji seperti mereka..Aaamin..IMAGE_094

Seisi keluarga gembira dengan kehadiran ahli baru ini.. Aku sendiri walaupun letih melayan kerenah malamnya tetap rasa bahagia..Sarah memang anak bertuah.. sepanjang hari dia boleh tidur dengan lena walaupun abang dan kakaknya hingar membuat bising.. dan yang tak best pulak malam dia berjaga.IMG_4664

Ikut Muka siapa? Ramai yang kata mukanya sama macam abang.. adik abanglah katakan… tapi pada aku, dia mirip kakak.. Korang rasa? ap-apapun kita tunggu la nanti. Yang penting dia sihat macam abang dan kakaknya juga.IMG_4662

Comments (1) »

Hari Jadi!

Semalam kami buat simple celebration untuk Aisyah.. kebetulan pula sepupu dari Muar datang.. Dari 5 orang dah jadi 9 orang…Seronoknya dia pada hari ulang tahun ke-4nya.. Celik saja mata terus bertanya.. “Dah sampai hari jadi Aisyah ke…? Dah boleh bukak hadiah ker?” Ehm… aku tumpang bahagia… Terimbau kenangan empat tahun lepas di Hospital Putrajaya. Alhamdulillah kelahiran anak keduaku ini dipermudahkan Allah… Mungkin berkat doa suami dan abah mak di kampung…

 Tak banyak gambar aku ambik..takpe la…Harap-harap ia akan sentiasa segar dalam ingatan.. upacara membuka hadiah mendahului majlis…

IMG_4685 IMG_4686

Lepas bukak hadiah baru potong kek.. tu siap dah pakai lagi gown yang aku hadiahkan untuk dia..

IMG_4697 IMG_4704

Comments (1) »