Archive for October, 2008

Majlis Khatam di Sekolah

Majlis yang serba sederhana ni meriah juga. Semua yang terlibat memberikan kerjasama. Sambil-sambil tu berposing sakan dengan member-member.

 

 

 

Advertisements

Leave a comment »

Aksi Aisyah

Cuba pakaikan dia baju kebaya Indonesia.. Tengok tu dia bergaya…

Comments (1) »

Begedil Kentang

Bahan-bahan:

  1. 1kg kentang digoreng dan ditumbuk
  2. 10 biji bawang putih 10 biji bawang merah (dijadikan bawang goreng)
  3. 2 biji buah pala ditumbuk
  4. Daun sup dan daun bawang(dihiris)
  5. Hati ayam digoreng dan ditumbuk
  6. 2 biji telur
  7. 50g udang keringdirendam dan ditumbuk
  8. Rempah sup
  9. Tepung jagung
  10. Garam dan gula secukup rasa.

Cara membuatnya:

  1. Campurkan kesemua bahan dan uli hingga menjadi doh. tepung jagung tu fungsinya untuk menjadikan adunan mudah diuli. Kalau adunan lembik, masukkan lagi tepung jagung.
  2. buat doh sesuka hati. nak besar ke kecil ke bulat ke lonjong ker… lepas tu goreng
  3. Semasa nak goreng tuh jangan lupa celupkan dengan telur dulu..

Comments (1) »

Sambal Goreng Jawa

Bahan-bahan:

  1. 1/2 kg kentang
  2. 5 keping kentang
  3. 5 keping tauhu
  4. 200g udang kecil
  5. 200g daging
  6. Sedikit perut lembu (jika suka)
  7. 3 papan petai (Jika suka)
  8. Garam
  9. Gula melaka
  10. gula pasir
  11. 8 batang serai
  12. 8 biji cili merah dan hijau
  13. 10 biji bawang merang
  14. 10 biji bawang putih
  15. 1 cawan santan

Cara membuatnya:

  1. Kentang, tempe, dan tauhu dipotong kecil-kecil dan digoreng. bila sudah garing dan kekuningan, angkat dan asingkan
  2. Cili, serai, bawang putih dan bawang merah dihiris halus.
  3. Tumiskan kesemua bahan yang telah dihiris
  4. bila sudah naik bau, masukkan pula bahan-bahan yang telah digoreng.
  5. Masukkan udang, daging, perut dan juga petai.
  6. Masukkan santan, garam gula pasir dan juga gula melaka.

Comments (1) »