Archive for September, 2008

Koleksi Gambar

Ni cubaan mengedit gambar.. Baru nak belajar.. ok ker? ehm… entah!before

after

Yang ni gambar bunga from my hubby…

before

after

and after…

 Yang ini pulak gambar anak-anak… Ntah macam manala pulak diorang dpt idea nak posing macam ni. Aku pun tanpa membuang masa terus jer snap sekali… pastu tuh suruh buat lagi dah tak jadi dah… saat terindah tu hanya sekali… ceewah…

before

after

and after

 Ni pulaks gambar adik aku.. Muka dia penuh jerawat…( dulu la.. ) sekarang ni dah comei dah pun..  ehm marah tak dia aku letak gambar dia yg buruks nie..

before

hah.. kan dah cun tu…

Gambar Eye on Malaysia… sempat la jugak aku merasa naik benda alah ni.. Tengok dalam magazine, orang tangkap gambar benda ni nampak cantik sangat.. kenapa aku tangkap tak cantik? Sebelum

Disebabkan rasa tap puas hati, aku pun cubalah mengeditnya.. Hahaa.. ok la ni… cantik la sikit dati sebelumnya…

selepas

Gambar bawah ni pulak ambik kat Tanjung Balau…Asalnya gambar ni nak didelete jer.. sebab tak menjadi… tapi sebelum mendelete tu aku teredit lah pulak… lepas edit rasa cam ok jugak…

Sebelum

Selepas

 

Advertisements

Comments (5) »

Rumahku Syurgaku…

Inilah rumah tempat tinggal sekarang. Alhamdulillah sudah hampir 9 bulan tinggal di sini. Semuanya berjalan lancar. Rumah ni mula dibina pada awal 2006. Setelah melihatkan rumah contohnya, hati terus terpikat. Tidak begitu besar atau kecil. Sederhana dan sesuai dengan bilangan ahli keluarga yang belum jadi besar ni.

Semasa membelinya dulu memang teragak-agak tetapi disebabkan hati dah terpikat, nekad saja lah. Locationnya dekat dengan Putrajaya dan KLIA. Tu yang paling penting.

Bila dapat saja kunci kitorang tanpa berlengah merealisasikan impian. Ada juga buat adjustment sikit-sikit. Satu bilik terpaksa dikorbankan demi untuk mendapatkan dapur yang selesa. Almaklum, dapur asalnya kecil sangat. Tambahan pulak kita orang perempuan ni akan menghabiskan masa yang agak banyak di dapur tu..jadi dapur kenalah selesa.

Untuk ruang tamu tak ada apa-apa perubahan pun. Kekalkan jer lah apa yang ada. Budget pun ciput.. tak usahlah berangan lebih-lebih. Cuma dindingnya tu ditukat cat saja. Lukisan dinding tu beli kat Bali semasa bercuti tak lama dulu. Ok tak?

Untuk ruang makan pun tak ubah apa-apa pun. Cuma lokasinya ditukar. Kalau ikutkan plan asal, ruang makan tu di tengah-tengah rumah tapi  digantikan. Ruang untuk ‘fancy kitchen’ tu sebagai tempat makan manakala ruang makan asal jadi ‘second living room’

Gambar gambar yang lain akan dimasukkan tidak lama lagi.. Contoh rumah tak berkemas pun ada…hehehe…

Comments (5) »

Kristal Swarovski

Ini antara gelang yang saya telah hasilkan.

CR001 RM 85

CR002 RM 60.00

CR003 RM 60.00

CR004 RM100

 CR005 RM 100

CR006- RM60 & CR007 RM 40

CR008 -RM 100.00

CR009 – RM100

CR010-RM 35.00

CR011 – RM90

CR012- RM90.00

CR013 – RM60.00

CR014 – RM60.00

CR015 – RM 60.00

CR016 – RM20.00

CR017 – RM 35.00

Leave a comment »

Ikan Siakap Kukus

Ikan Siakap Kukus

Bahan-bahan:

  1. 1 ekor ikan siakap sederhana besar.
  2. 1 labu bawang besar
  3. 2 biji bawang putih
  4. 1/2 inci hali dan lengkuas
  5. 2 helai daun limau purut
  6. 2 batang serai
  7. 4 biji cendawan butang
  8.  1 biji tomato
  9. 1/2 sudu teh asam jambu
  10. 1 sudu sos tiram
  11. sedikit garam dan gula
  12. 1 biji limau purut atau limau nipis atau limau kasturi.

Cara-caranya:

  1. hiriskan semua bahan no 2 hingga 7.
  2. Gaulkan kesemua ramuan dengan ikan siakap.
  3. Perapkan lebih kurang 10 minit.
  4. Kukus selama 15 minit. Jangan terlalu lama, nanti ikan mudah hancur.

Comments (4) »

Welcome All!

Ni blog baru tentang semua hal perempuan… Niat saya nak letak apa sahaja topik tentang perempuan..termasuk kecantikan, karier, resipi, petua, tips penjagaan anak, dan bisnes orang perempuan..

Comments (2) »